Salam, DS,
Saya nak belajar lah dari DS macam mana nak dapatkan keyakinan bank memberikan pinjaman kepada saya sebanyak RM 3.5 juta.
Saya seorang ‘consultant engineer’. Pengalaman kerja 19 tahun. Pendapatan bulanan RM 17,000. Pendapatan isteri pula, RM 9,000. Tolak segala belanja isi rumah, tinggal lah RM 12,000, sebulan. Congak-congak, itu pun tak cukup nak pinjam RM 3.5 juta. Maksimum bank boleh bagi pinjam, RM 800,000.
Saya nak sangat masuk UMNO sebab saya nampak DS ni sebagai contoh. Saya jadi engineer dah dekat 20 tahun, nak pinjam RM 1 juta daripada bank pun tak layak. Mungkin DS boleh bagi saya sidikit ‘tips’ untuk berjaya dalam UMNO seperti berjayanya DS mengumpulkan harta yang banyak.
Bantuan DS, saya dahulukan dengan ucapan ribuan (lebih tepat lagi, jutaan terima kasih.)
Yang benar,
Jurutera malang
3 responses so far ↓
future engineer // July 12, 2009 at 6:34 pm |
Dr khir masa jd Mb jadi masuk gaji+elaun dekat 40ribu(rujuk la mane2 web)..duduk rumah kerajaan,pkai kenderaan kerajaan,bil api air pun kerajaan bayarkan
tu pun Dr Khir buat pinjaman pun after 7 tahun jd MB..
Saya rase rezeki 2 ade kat sape2 yg berusaha… saya bangga membaca gaji saudara sebangsa saya(klu x salah lah melalu pengamatan gaya penulisan blog ini) mencecah hampir 20k sebulan.saudara menjadi idola saya kerana saya adalah seorng pelajar kejuruteraan..
Bersyukur lah dengan rezeki tuhan..
bamboozled // July 12, 2009 at 9:32 pm |
Saudara/i Future Engineer,
Berpandukan pengetahuan agama saya yang cetek, hal-hal bersyukur ni adalah antara hamba dengan Tuhannya. Tak payah nak heboh-heboh. Saya rasa saudara Onthetreets tentu bersyukur dengan caranya sendiri. Bukan hal saya dan bukan hal saudara/i untuk mengetahuinya.
Saya rasa tujuan surat ini ialah untuk membuka mata pembaca2, cukup kah dengan makan gaji boleh memimjam 3.5 juta? Katalah pendapatan DSKT sebanyak 40k sebulan dan dia tak belanja barang se-sen pun. Mengikut congak2 saya, dia kena bayar 35k sebulan selama 20 tahun, jika faedahnya 7% setahun. Itu secara kasar saja. Habis tu DSKT ni tak bayar cukai pendapatan ke? Tak potong EPF ke? Tak bagi duit kat mak-bapak dia atau mentua dia ke? Atau semua ni pun sudah masuk dalam elaun yang kerajaan Selangor bagi kat dia (yang sebenarnya adalah duit cukai rakyat). Kalau macam tu, senang besar lah DSKT ni! Habis tu, dia dah tak jadi MB ni, mana dia cekau 35k sebulan nak bayar balik bank? Cubalah saudara/i guna minda logik future engineer saudara/i fikir benda ni. Saya rasa menggunakan akal pemberian Tuhan dengan baik juga adalah satu cara bersyukur.
The point is, sebagai seorang ketua orang2 Melayu, adakah DSKT memegang amanah yang diberikan kepadanya. Atau dia mengambil kesempatan diatas amanah tersebut.
Cepatlah matang. Banyak lagi perkara yang saudara/i tak tahu tentang apa yang berlaku di belakang tabir dalam negara ini.Untuk bersaing di tahap dunia, negara memerlukan orang2 seperti saudara/i yang matang dan mampu menilai secara logik dan rasional.
Surat Pendek – the postscripts « Onthestreets’ Weblog // July 24, 2009 at 10:03 pm |
[...] 24, 2009 · Leave a Comment Whoa! I received so many comments on my post, Istana Khir Toyo: Surat Pendek untuk Dato’ Seri. I never expected such response from you readers. To be exact, there were 152 [...]